Tuesday, February 28, 2012

Terlepas

Apa yang kita ada hari ini tidak semestinya masih jadi milik kita esok. Yang ada dlm genggaman mungkin atau selalunya cuma pinjaman. Jarang kita nak hargai apa yang kita ada.

Samalah dlm membuat pilihan. Sekalipun mungkin kita sedang mencari, itu sebetulnya bkn alasan untuk layan sesiapa bena tak bena.

Mahu tapi kononnya jual mahal. The moment we feel that we are worth it is the moment we cease to be one.

And now, no one will ever know how the story may turn out. Maybe she is not meant for him or he's not right for her now. Maybe, just maybe.

You just missed your chance.

P/s: karangan bercorak abstrak begini tidak perlukan kata-kata semangatbv

Saturday, February 25, 2012

Rimas

aku suka bercerita. bercerita melalui penulisan. aku rasa itu satu-satunya cara untuk melepaskan diri daripada cengkaman hidup yang merimaskan.

ah kau bajet kau tgh tulis novel ke guna bahasa gitu.

anyways, aku rasa kalau aku bercerita baru aku mampu mengawal salah-satu elemen dalam hidup aku. kota ini merimaskan, menyesakkan. semuanya berlumba-lumba, entah apa yang dikejarkan padahal putarannya tak ubah seperti kitar hidup seekor tikus belanda; berpusing-pusing di atas roda yang tidak bergerak.

bangun, muka mata. mungkin mengeluh, mungkin tersenyum syukur. bersiap, pergi kerja. naik tren yang sama kemudian mungkin makan pagi di tempat yang sama. kerja-kerja-kerja kemudian pergi makan. kemudian, sambung lagi. pulang dan kemudian rehatkan diri.

tukis belanda bangun. jalan-jalan dalam sangkar. kemudian berlari. sudah penat, ia makan atau minum. kemudian, sambung berlari. mungkin selepas itu dia makan lagi. entah. aku tak pernah jadi tikus belanda. mana aku tahu.

tetapi kitarannya tidak banyak berubah.

iya, ini jalan yang aku pilih. sebetulnya, aku tidak boleh rasa lelah walau sedikit kerana ini keputusan yang aku buat. maka, aku perlu terima semuanya seadanya.

tetapi oh Tuhan, sering sangat aku berasakan lelah. aku sentiasa menantikan sesuatu yang akan berlaku untuk 'break the monotony' yang sering aku rasakan. selalunya, aku dapat apa yang aku minta, sekalipun ia mungkin sejenis monotony yang aku mahu. padan sangat dengan muka aku kan? sebab itulah orang cakap berhati-hati dengan apa yang kita minta. kan dah kena.

tetapi kadang-kadang yang manis itu datang juga sekali-sekala. jenis manis yang buat kau tersenyum sendirian. mungkin sepanjang hari, mungkin tidak.

yang membuat aku senyum sendiri itu selalunya keluarga dan kawan-kawan. syukurlah, masih boleh gosip dengan emak tentang arwah Latif Ibrahim. bersyukur sangat boleh gelak-gelak dengan emak bila komen tempat dia asyik makan je kerjanya.

syukurlah. syukur juga ada kawan-kawan di sekeliling. sudi juga mereka temankan aku.

cuma sebenarnya aku mahukan gangguan yang lain. mungkin dalam bentuk gangguan yang bakal pindahkan aku dari tempat ini. mungkin, bermastautin di tempat lain.

so, Jared Padalecki, bila nak masuk meminang?

Thursday, February 23, 2012

Menangani Kebodohan

ya, maaf. bunyinya agak kasar tetapi itulah kebenarannya. kebodohan itu, sekalipun bukan satu virus, ada di mana-mana.

tidak salah menjadi bodoh. tetapi jangan lupa, bodoh ini ada pelbagai kategori. ah maaflah, bunyinya masih kasar. mungkin saya patut gantikan dengan tidak panjang akal.

macam-macam gaya orang buat kawan sekarang. mungkin dating site atau mungkin laman social media. ya, begitulah juga di Twitter. nama pun laman sosial. jadi, adalah tweetup (meet tweep) up samada utk suka-suka atau utk acara kebajikan. terpulang.

tadi, ada budak mana tah dok kutuk twtup Johor poyo. ramai pulak aku tgk emosi. kenapa nak emosi? itu hanya tweet dia. dia ada hak suarakan pendapat dia. yg 'nasi tambah' ini semua sepatutnya tak perlu marah. yang perlu tangani hal ini adalah pihak penganjur. yang kau masuk campur apahal?

the only way to handle stupidity is never to descend to their level.

sekian. mari mkn malam.

Tuesday, February 21, 2012

PickUpLine (1)

Boy: You want to know magic?
Gril: what about?
Boy: I have the secret of ten numbers that can bring people together.
Girl: Really? How?
Boy: Your number - my number


Sent from my iPad

Sunday, February 19, 2012

Diri yang Lama

mungkin aku patut belajar tulis surat utk diri aku di masa hadapan.

contohnya: 'Untuk diri aku 4 hari kemudian: ingatlah yang awak berasa sungguh sedih hari ini sebab ini..ini...dan ini".

mungkinlah. because i never learn from past experience.

bolehlah teruskan lempang diri sendiri.

Saturday, February 18, 2012

Pecah Dara

oi oi bukan dara yang tu. aku tau korang ni kalau bab tu je. mmg laju. 


dalam bahasa inggeris contoh perumpamaannya adalah seperti 'concert-virgin' gitu. aku pula, teater virgin. sebenarnya matinee (a musical or dramatic performance or social or public event held in the daytime and especially the afternoon, Merriam-Webster). 


ia terjadi begini (lebih kurang)
A: babe, jom join projek disko baldi. sabtu. 


aku dah 'heh?'. menatang alah apa tu? mabuk ke apa dia ni. 


ye, saya noob gila tak hengat. memang tak tau projek disko baldi itu apa dan sketch or stand up comedy? haih lagilah tak pernah join. adalah sebab-sebabnya. 





ini matinee indie dan aku mmg mengharapkan persembahan yang berkualiti. bukanlah kelakar gila tak hengat (which applies in this one) but memorable punya. maklumlah, mcm budak-budak ni ckp 'pecah dara'. tapi risau juga kalau aku tak suka. 


aku dah diberi briefing sebelum masuk bilik persembahan bahawa kadang-kadang lawak mereka sgt dewasa. ya, tidak apa. yang di TL saya pun mmg boleh tahan dewasa lawak mereka. 


masuk-masuk sahaja, dah nampak muka-muka yang familiar. rasanya daripada empat orang jejaka di atas pentas, empat orang adalah budak MMU. berdasarkan ini sahaja, saya dah sgt excited dan juga bersedia dengan apa yang cuba disampaikan. 


tema petang ini; Love. :). subjek yang sangat dekat dengan kita. 


kalau tentang cinta ini, mestilah ada subjek tentang lagu dan filem. guess what? parody ombak rindu pun ada. tentang keeping scores dalam relationship dan 'janji manismu'. jika anda seorang penggemar black comedy dan satirical works, anda akan lihat segala yang bermain di fikiran anda di atas pentas. 


secara personal aku memang suka ombak rindu in 60 seconds. paling suka tgk six-pack yang dilukis dengan marker. oke adalah yg lain aku suka tapi i'm in danger of spilling it all if i were to share the stories. another show is starting in a few seconds so why spoil it for you people right? 


they have another two shows coming up tomorrow. one at 3pm and another one at night. search for Projek Disko Baldi for tickets. I enjoyed it very much and pretty much literally gasping for air on my seat when they rapped about highway and had myself in tears during the speed dating scene. if you are looking for a truly enjoyable show, this one is for you but do keep your an extremely open mind throughout the show. 

Thursday, February 16, 2012

Ingat

dalam sedar tak sedar tu, ada juga orang yang ingat ke kita. ingat sebab dia risau. dia nasihatkan sebab dia risau.

seronok sangat menaip dan konon-konon berkawan sampai lupa daratan. bergurau punya bergurau sampai tak sedar yang satu demi satu soal personal dah didedahkan.

nampak macam tak mungkin dan takde orang ambil kisah tapi percayalah, ada orang yang ambil kisah. lagi beruntung kalau yang ambil kisah ni sebenarnya nak beri nasihat untuk kebaikan kita.

zaman begini, berapa ramai sangat yang nak beri nasihat sebab betul-betul concern. jadi, aku ni antara golongan yang bertuahlah. dah lama dia perhatikan aku rupanya. dia tak mahu kami hanyut jauh sgt. bercerita ini kena hati-hati.

' kau merapu takpe. tapi kalau dah personal sgt tu...urmmm.'

urmm yang panjang tu aku faham sgt.

terima kasih. terima kasih.